Pages

Tuesday, June 14, 2011

Perodua Myvi Edisi Terbaru 2011 - lagi best!......ker?


.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bakal melancarkan Myvi edisi baru dengan enjin berkapasiti 1.5 liter.Perodua Myvi 2011 yang sedang hangat diperkatakan dan ditunggu-tunggu sekarang ini akan menemui anda pada bulan Julai atau September 2011 dengan penampilan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty.


Beberapa perubahan dalaman dan luaran ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi citarasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya. Myvi baru ini akan menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model Myvi sedia ada di pasaran.

Selain itu terdapat perubahan pada kedudukan gear yang terletak pada papan pemuka (dashboard) seperti Alza. Bagi versi manual, ia masih lagi seperti biasa namun untuk tuil gear pada dashboard hanya boleh didapati untuk versi automatik sahaja...

Maka ini boleh dijangkakan akan merealisasikan hasrat PERODUA untuk merekodkan jualan tertinggi baru tahun ini. Rekod jualan syarikat itu sebelum ini adalah 500,000 unit!


Berikut adalah gambar-gambar yang saya terima....jom usher...(",)









Untuk lebih live tentang Myvi terbaru nih....try tgk video kt bawah nie k....terbaik...: )



No comments:

Post a Comment