Jadi, persoalan yang paling utama adalah..Bagaimana ingin mereka design banner yang menarik secara tidak langsung boleh menarik perhatian orang yang melihatnya??
Jangan biarkan banner anda tenggelam dengan iklan banner yang lebih menarik dari banner anda.
Kali ini saya cuba menengahkan beberapa tips untuk menjadikan iklan anda menarik dan yang paling penting...mencuri perhatian!
- Pastikan anda gunakan text atau perkataan seminimum yang boleh.hanya gunakan perkataan yang penting juga menarik perhatian. Ini adalah kerana orang hanya tengok iklan banner anda selama 3-5 saat sahaja.Itu pun kalau orang tengok.Jika tidak bagaimana..maka adalah tidak guna text yang terlalu banyak dan padat kerana orang tidak sempat hendak membaca semuanya.mereka mungkin sempat baca 2 atau 3 perkataan sahaja melainkan jika mereka betul-betul berminat dengan iklan anda. Lagi-lagi banner/bunting yang dipasang di tepi-tepi jalan.
- Lebih baik gunakan gambar yang bermakna.Kadang-kala satu gambar yang bermakna boleh menceritakan seluruh kisah iklan anda.Apa yang anda maksudkan.Letak gambar yang cantik, jelas dan besar..dan gunakan 3-5 perkataan sahaja.Orang memang suka tengok gambar.
- Pilih warna yang menarik perhatian dan berlawanan dengan tone background banner supaya jelas.
- Elakkan penggunaan font yang susah atau keliru untuk dibaca.More simple is better. Gunakan size yang sesuai. Sudah tentu lagi besar saiz font adalah lebih baik. Orang dari jauh dah boleh baca iklan banner anda.
- Gunakan perkataan-perkataan yang menarik, lucu, yang tidak terfikir oleh orang lain tetapi logik dan menarik.Yang paling penting mencuri perhatian.
Berikut hanyalah point-point penting yang boleh anda pertimbangkan untuk mencipta design banner anda. Malah banyak lagi idea-idea yang kreatif yang anda boleh fikirkan.Iklan yang biasa-biasa sahaja adalah kerugian. Anda boleh syorkan idea anda dengan post komen dibawah..
No comments:
Post a Comment