Pages

Monday, May 9, 2011

Panduan memohon lesen dan stickers banner bunting dari Majlis Perbandaran.

Semua iklan sementara perlu mendapat kelulusan  Majlis Perbandaran samada :-

  1. Komersil – melibatkan aktiviti perniagaan atau unsur-unsur keuntungan seperti kutipan tiket masuk/pendaftaran sama ada permohonan daripada peniaga, agensi swasta, kerajaan, NGO,parti politik dan lain-lain. 
  1. Bukan komersil – Perasmian Program, Pembukaan Syarikat ,Ucapan Sempena Musim Perayaan seperti Tahun baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Deepavali, Krismas dan sebagainya daripada peniaga dan agensi swasta dikenakan bayaran seperti yang ditetapkan manakala permohonan yang seumpamanya daripada agensi  kerajaan, NGO dan parti politik  bayaran dikecualikan tetapi masih perlu kelulusan Majlis dan mesti dipasang di tempat yang dibenarkan. 

Untuk lebih lanjut lawati web rasmi Majlis perbandaran : http://www.mpm.gov.my/56 

Kos Promosi melalui Banner :

harga banner Rm1.40- RM 2.50 1kaki persegi

contoh banner saiz 3kaki x 7 kaki = 21 kaki persegi
21 kaki persegi x RM1.40 = RM 29.40 (kos satu banner)

Lesen nak pasang banner antara RM 10-20
Sticker lesen kelulusan RM 5- RM 10

kiraan macam nie (berdasarkan harga di kuala terengganu):

2 keping banner RM 29.40 x 2 = RM 58.80
Lesen sewa tempoh pasang 1 bulan RM10/sebulan
sticker majlis bandaraya RM 5/sekeping banner RM 5 x 2 = RM 10
jadi jumlah untuk 2 keping banner promosi

RM 58.80 + RM 10 + RM 10 = RM 78.80

P/S : di Kelantan kos memasang banner percuma,pasang la banyak mana pun dan jangan risau Majlis bandaraya tidak akan buang tetapi negeri lain tak tau la..di kuala terengganu nak pasang banner kena pasang di tempat orang takde kerana nak menjaga keindahan bandaraya persisir air... hmm... 

No comments:

Post a Comment