Pages

Monday, May 9, 2011

Tempat yang strategik pasang banner/bunting

iklaJika kita ada mengadakan atau menganjurkan sesuatu acara mahupun pesta misalnya sudah pastinya kita mengharapkan kehadiran ramai orang pada acara yang kita anjurkan itu. Contohnya seperti pesta air, konsert, jualan lelong, dan macam-macam lagi acara.

Apatah lagi kita mengenakan bayaran pada orang yang datang sudah pastinya promosi adalah perlu juga amatlah dititik beratkan. Ia adalah perniagaan maka kita sudah pasti mengharapkan pulangan yang meguntungkan. Orang tidak akan tahu apa yang kita anjurkan sekiranya tidak disebarkan.

Jalan yang termudah dan murah untuk mengadakan promosi adalah promosi banner.

Bila banner sudah ditempah dan sedia untuk dipasang dimanakah tempat yang paling sesuai untuk pasang banner?

Pastinya kita perlu pasang di tempat yang strategik...di sini saya mencadangkan beberapa lokasi yang sesuai untuk banner anda :

Tiang lampu jalan.

Sememangnya tiang lampu adalah pilihan yang paling popular untuk pasang banner.Jika kita berjalan-jalan menaiki kereta kita boleh lihat di tepi-tepi jalan memang banyak banner dipasang pada tiang lampu. Jika anda ingin pasang ditiang lampu pastikan ia ditempat yang strategik.Jika banner anda ada lesen dari pihak majlis perbandaran maka anda boleh letak dimana-mana contohnya di kawasan trafik light, simpang 4, simpang 3, setiap tiang lampu dan banyak lagi tempat janji ada tiang yang boleh anda pasang banner. Pastikan tiang yang bukan pada jalan kereta yang memandu laju. contohnya di highway atau jalan lurus berhad laju tinggi.ini adalah supaya banner anda sempat dilihat oleh orang..Paling lama banner boleh menjadi tumpuan adalah selama 3-5 saat sahaja.

Pintu masuk

Letakkan di pintu masuk seperti pintu gerbang jalan utama, haruslah diingat tidak semestinya banner dipasang betul-betul pada pintu gerbang itu.Anda boleh letak berhampiran dengan pintu gerbang kerana biasanya banyak penunggang atau pemandu melalui jalan itu.

Kedai makan

Di kawasan ini anda boleh meletakkan banner anda. ini kerana pengunjung kedai makan selain makan mereka akan meninjau-ninjau keadaan sekitar.Apa yang ada, yang boleh dipandang. Banner boleh dipasang pada pokok, pagar, tiang lampu dan sebagainya. Banner anda boleh banyak content seperti text dan sebagainya kerana orang dalam keadaan statik.Mereka ada masa tumpuan yang lama.Mereka sempat hendak membaca jika iklan anda menarik!

Bank

Orang selalu ke bank. Disini boleh selitkan banner anda dimana-mana yang dekat dengan bank tersebut. Mungkin di pokok parking kereta atau sebagainya. Banyak trafik dikawasan ini.

Dekat dengan signboard

Anda tidak boleh pasang banner sehingga menutup signboard tetapi boleh menimbangkan untuk pasang di kawasan sekitarnya.Orang selalu tengok signboard sebagai rujukan halatuju dan panduan. Gunakan kelebihan ini sebaiknya.



Bagaimana pun paling penting adalah anda perlu bijak meletakkan banner anda. Elakkan letak di tempat yang dilarang.Anda tidak mahu banner yang anda tempah dibuang begitu sahaja. Rugi duit anda sahaja membuat banner tersebut.

No comments:

Post a Comment